Saturday 5 May 2012

Tuntuan Ambiga Sreenevasan

14 Tuntutan Ambiga..

TUNTUTAN AMBIGA Sreenevasan

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.


7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC. Maruah Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga! Sedihnya.
 
info: http://kulaanniring.blogspot.com/2012/05/14-tuntutan-ambiga-bila-berjaya-kelak.html?spref=fb 

Sempadan9

Budak Sempadan9..
Nama ini timbul apabila saya yang duduk diantara..
Sempadan Selangor antara Negeri Sembilan..
Kebudayaan dan loghat bahasa tidak ubah seperti berada di Nogori..
Rekabentuk rumah dan penyusunan budaya tidak lari seperti berada di Nogori..
Kepentingan kemasyarakatan menjadi nilai penting dalam kehidupan seharian..
Ideologi politik diketepikan, perpaduan diutamakan..
Itulah kampung saya ; Kampung Sesapan Batu Rembau..
Merupakan serpihan dari penduduk Rembau, Negeri Sembilan..
Datang berhijrah demi meneruskan kelangsungan hidup..
Kelangsungan hidup yang membawa banyak perubahan tidak akan melupakan sejarah..
Kenali sejarah anda, kenali saudara anda dan kenali kehidupan anda..
Agar ia menjadi satu titik dalam permulaan hidup..

Thursday 11 August 2011

Pasar Memantai Beranang


 




Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah, tiap keluarga mempunyai cara tersendiri untuk menyambut hari paling bermakna ini..begitu juga dengan keluarga kami menyambut dengan penuh bergaya dengan persediaan yang cukup rapi di tambah juga kemeriahan pasar memantai yang penuh dengan tradisi sejak turun menurun..Kaum adam bagi keluarga kami membanting tulang dengan penuh semangat sambil dibantu kaum hawa sebagai penyelamat..Masa itu kelihatan ketawa kegembiraan..emosi yang tidak terkawal..ada yang menitiskan air mata dan "protes" sebagai tanda tidak berpuas hati..itu lah cara bagi tunjuk ketidapuasan hati..walau bagaimana letihnya ia nya tetap seronok..paling diingati awal pagi kelihatan pelita setiap penjuru kampung di awal pagi..Ia satu tradisi, tradisi mengeratkan ukhwah kami sekeluarga..saya bangga dengan tradisi dan keluarga ini..Moga dimurah Rezki oleh Allah, moga kami menempuhnya dengan penuh ketenangan..Amin..

TeMui Kami di :
Pekan Rabu, Beranang Selangor.

Sunday 17 July 2011

"Kalau untuk menyelamatkan orang Melayu, Datuk buatlah apa yang patut."



Perdana Menteri memberikan persetujuan, tetapi menyerahkan kepada kepimpinan UMNO Selangor untuk mendapatkan perkenan Sultan Selangor. Pada pertemuan pertama, Sultan Selangor, Sultan Abdul Aziz Shah menolak cadangan itu. Menurut baginda, "Kuala Lumpur adalah hak nenek moyang beta.. tanah-tanahnya sangat berharga. Kerana itu beta keberatan". Apabila hasil pertemuan dengan Sultan dilaporkan kepada Tun Razak, beliau meminta Harun bertemu dengan Sultan Abdul Aziz sekali lagi bagi memberi gambaran mengenai apa yang akan berlaku kepada kuasa orang Melayu jika Kuala Lumpur tidak dijadikan Wilayah Persekutuan.

Menurut cerita Wan Muhyiddin, yang memuatkan dalam buku Jejak Penjuang, pada mulanya Sultan Abdul Aziz keberatan. Kata beliau: "Tetapi apabila Datuk Harun bertanyakan Sultan Selangor apakah baginda sayangkan rakyat Melayu Selangor dan menerangkan implikasi politik jika Kuala Lumpur kekal didalam  Selangor terhadap masa depan kuasa Melayu, barulah baginda berlembut. Sultan Selangor termenung dengan hujah Harun itu yang memberitahu itulah pengorbanan yang perlu dibuat oleh Sultan untuk menyelamatkan orang Melayu. Setelah agak lama termenung, tiba-tiba air mata baginda berlinang... kemudian menitis satu... satu... satu... di riba baginda. Dengan nada perlahan, Sultan Selangor kemudian memberitahu Datuk Harun dan rombongan yang menemui baginda, "Kalau untuk menyelamatkan orang Melayu, Datuk buatlah apa yang patut."

 Sumber Perjuangan membela Melayu: UMNO Selangor 1946-2006/ Chamil Wariya / ms 165-166