Thursday, 11 August 2011

Pasar Memantai Beranang


 




Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah, tiap keluarga mempunyai cara tersendiri untuk menyambut hari paling bermakna ini..begitu juga dengan keluarga kami menyambut dengan penuh bergaya dengan persediaan yang cukup rapi di tambah juga kemeriahan pasar memantai yang penuh dengan tradisi sejak turun menurun..Kaum adam bagi keluarga kami membanting tulang dengan penuh semangat sambil dibantu kaum hawa sebagai penyelamat..Masa itu kelihatan ketawa kegembiraan..emosi yang tidak terkawal..ada yang menitiskan air mata dan "protes" sebagai tanda tidak berpuas hati..itu lah cara bagi tunjuk ketidapuasan hati..walau bagaimana letihnya ia nya tetap seronok..paling diingati awal pagi kelihatan pelita setiap penjuru kampung di awal pagi..Ia satu tradisi, tradisi mengeratkan ukhwah kami sekeluarga..saya bangga dengan tradisi dan keluarga ini..Moga dimurah Rezki oleh Allah, moga kami menempuhnya dengan penuh ketenangan..Amin..

TeMui Kami di :
Pekan Rabu, Beranang Selangor.

Sunday, 17 July 2011

"Kalau untuk menyelamatkan orang Melayu, Datuk buatlah apa yang patut."



Perdana Menteri memberikan persetujuan, tetapi menyerahkan kepada kepimpinan UMNO Selangor untuk mendapatkan perkenan Sultan Selangor. Pada pertemuan pertama, Sultan Selangor, Sultan Abdul Aziz Shah menolak cadangan itu. Menurut baginda, "Kuala Lumpur adalah hak nenek moyang beta.. tanah-tanahnya sangat berharga. Kerana itu beta keberatan". Apabila hasil pertemuan dengan Sultan dilaporkan kepada Tun Razak, beliau meminta Harun bertemu dengan Sultan Abdul Aziz sekali lagi bagi memberi gambaran mengenai apa yang akan berlaku kepada kuasa orang Melayu jika Kuala Lumpur tidak dijadikan Wilayah Persekutuan.

Menurut cerita Wan Muhyiddin, yang memuatkan dalam buku Jejak Penjuang, pada mulanya Sultan Abdul Aziz keberatan. Kata beliau: "Tetapi apabila Datuk Harun bertanyakan Sultan Selangor apakah baginda sayangkan rakyat Melayu Selangor dan menerangkan implikasi politik jika Kuala Lumpur kekal didalam  Selangor terhadap masa depan kuasa Melayu, barulah baginda berlembut. Sultan Selangor termenung dengan hujah Harun itu yang memberitahu itulah pengorbanan yang perlu dibuat oleh Sultan untuk menyelamatkan orang Melayu. Setelah agak lama termenung, tiba-tiba air mata baginda berlinang... kemudian menitis satu... satu... satu... di riba baginda. Dengan nada perlahan, Sultan Selangor kemudian memberitahu Datuk Harun dan rombongan yang menemui baginda, "Kalau untuk menyelamatkan orang Melayu, Datuk buatlah apa yang patut."

 Sumber Perjuangan membela Melayu: UMNO Selangor 1946-2006/ Chamil Wariya / ms 165-166